Friday 10 December 2010

Sejarah lalu

 Sejarah hidup aku tak sama dengan orang lain,dah tentu la..semua orang akan ada sejarah masing-masing kan? kalau sama jer..baik tak payah cerita simpan je dalam almari buat simpanan untuk jadi harta karun.

  Mak dan abah  dulu tak pernah jumpa pun tapi dijodohkan atas rekemen orang, mak kata masa tu mak la yang bertuah coz abah keje gomen, masa tu abah bertugas kat Ulu Kinta, Perak (Field Force) sekarang tempat tu dah jadi Pusat Latihan Polis Hutan(kalau tak silap la), walaupun dah 3 4 kali pergi tempat tu tapi tak pasti apa nama Pusat Latihan tu, yang nyata adik mak yang ke 7 masih lagi dalam Pasukan Polis Hutan.

  Lepas tu mak terpaksa la ikut abah ke Ipoh tinggalkan Batu Pahat tapi masa tu (dalam tahun 70an la) Polis Hutan ni masih lagi aktif masuk hutan membenteras Komunis so mak pun selalu la ditinggalkan abah bila abah terlibat operasi sampai mak pregnant arwah abang tapi oleh kerana mak masa tu tak ada pengalaman mengandung dan masa tu perubatan kita tak la maju macam sekarang, mak tak tau yang dia tak leh bersalin secara normal.  Dah la tak ada tanda nak bersalin, sedar-sedar dah tak ada movement baby dalam perut so bila pergi check up..rupanya baby dalam perut dah tak ada so mak pun terpaksa dioperate.

   Memangla kecewa kan tapi tak guna bersedih so mak pregnant kan aku plak.  Kali ni mak mengambil langkah berhati-hati, cukup time mak terus pergi hospital Ipoh n lahirlah aku tepat tengahmalam 26 Ogos 1975.

   Heheheheh...oleh kerana mak suka sangat kat Tan Sri Zeti Aktar Aziz (masa tu Tan Sri muda remaja dan mak jumpa pun kat sekolah mak dulu kat Johor Bahru) so aku dinamakan Zaty dan oleh kerana abah pulak suka sangat kat penyanyi Indonesia Ida Royani (aku cuma pernah baca nama jer tapi tak pernah dengar lagu penyanyi ni) so abah amik nama Royani tu untuk nama kedua..Sadis gak kan orang dulu-dulu..amik nama anak kerana suka kat orang jer..nasib baik Tan Sri Zeti tu cantik orangnya kah kah kah kah..

   Lepas tu next yearnya aku dapat seorang adik lelaki yang mak namakan Mohd Agust Johanif-sejarah ni pun macam kelakar jer..Agust tu diambil kerana lahir bulan Ogos juga dan Johanif adalah kerana ada Ketua Polis Negara bernama Haniff Omar so mak tak nak nampak sangat ambil nama orang tu, mak tambah Jo depan dia..kreatif gak mak aku ni.

  So kami pun membesar la sampai aku berumur 4 tahun, lepas tu aku dibawa berpindah ke Kelantan, first tempat tu namanya Ketereh.  Masa tu aku tak pasti kenapa perlu berpindah tapi bila dah besar baru aku faham yang abah diserapkan ke Polis GD (general Duty) maksudnya tak perlula lagi masuk hutan tapi just buat kerja macam Polis biasa la.

  Kat Kelantan pun bukan Ketereh jer yang kami pernah bermastuatin, lepas Ketereh kami pindah ke Peringat (kat tempat ni yang aku ingat peristiwa banjir besar sampai aku n family kena pindah ke pusat pemulihan banjir) lepas tu kami pindah Kok Lanas dan last sekali Kota Bahru..mak kata kalau pindah sekali lagi da tentu kami jatuh muflis sebab barang-barang rumah semua rosak sebab berpindah randah.

  Kat Kota Bahru aku start sekolah rendah tahun 1982 sekolah tu sangat dekat dihati aku Sekolah Kebangsaan Kampung Sireh (nama macam tak maju jer kan) tapi sekolah ni la yang membuatkan aku famous..ye la..kat rumah mak tak bagi aku bercakap dalam loghat Kelantan, kena guna bahasa Malaysia yang betul, kalau kat luar tu ok la so oleh kerana aku punya lidah tak macam kawan2 aku yang lain jadi aku jadi favourite cikgu-cikgu kerana Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris aku yang terang dan jelas pastu dalam exam pulak aku tak pernah gagal dapat markah 100% dalam mata pelajaran tu.  lepas tu cikgu sudah mengasah bakat bercakap aku dengan memasukkan nama aku dalam pertandingan bercerita sampai aku pernah dapat tempat ketiga dan kedua peringkat antara sekolah-sekolah daerah Kota Bahru.

  Sampai darjah 5 aku menduduki peperiksaan Penilaian Darjah 5 (kalau tak silap masa tu umur kami ni 2nd last penilaian darjah 5, lepas tu baru la UPSR diperkenalkan utk darjah 6).  Dalam percubaan result aku tak bagus cuma ddapat 4 A jer tapi tak kusangka masa ambil result tu tak sangka aku dapat 5A.  Bestnya masa tu Tuhan jer yang tahu. Alhamdulillah..aku berjaya mendapat hasil yang diharapkan oleh mak dan abah.

  Tapi yang tak bestnya abah bagitau yang kami kena pindah ke Melaka bulan Disember 1987 tu..dengan berat hati kami pun packing barang dan pindah ke Melaka.  Bila tanya abah Melaka  kat mana abah jawap kt Chabau. CHABAU???ayooo....tak pernah dengar nama tempat tu..mulala pemikiran ni duk bayang yang bukan-bukan tapi memang betul pun sampai kat CHABAU tu aku rasa macam aku dah masuk satu kampung tepi hutan..hua hua hua..kat mana pulak sekolah aku?


  Nama sekolah tu Sekolah Kebangsaan Chabau, Asahan, Melaka. Adusss....aku culture shock tau..kat Kelantan orang semua cakap guna loghat Kelantan dan bersuara lembut tapi kat Melaka ni tak pasal-pasal dengar caci maki..Lahabau betul. Nak tak nak terpaksa jugak la mulut ni membiasakan dengan perkataan-perkataan tu.hahahahahah

  Setahun lepas tu masuk sekolah menengah, masa tu hanya ada satu jer yang dekat dengan rumah tu pun kena kayuh basikal dalam 5 km nak kesekolah tu Sekolah Menengah Simpang Bekoh, Asahan. Naik sekolah menengah ni mula la rasa besar sikit dari yang lain.  Dah la sebelum tu percubaan masuk MRSM gagal, ujian nak masuk MRSM separuh aku leh jawap separuh lagi aku duk tongkat dagu sebab tak reti nak jawap. Tak pe la janji aku leh belajar tapi biasa la kat sekolah menengah ni banyak saingannya, walaupun masuk kelas perdagangan (masa tu yang ada cuma kelas perdagangan, perusahaan dan sains rumahtangga) kelas yang kononnya elite la tapi sastera aku failed, entah kenapa boleh failed pun tak tahu.heheheheh..

  Sekolah menengah juga mencabar sebab kawan-kawan ramai dari Felda Bukit Senggeh, Nyalas, depa ni datang sekolah bawa duit belanja sampai RM5. Mak aku bagi aku 50 sen je..kekadang pelik jugak sebab tengok diaorang belanja bukan main lagi tapi kalau nak difikirkan secara lojik berbaloi la sebab rumah diaorang jauh, datang naik bas pepagi buta lepas tu bila tengahari diaorang tak balik stay kat sekolah untuk kegiatan petang, macam aku, tengahari aku balik la kayuh basikal dengan kawan-kawan dekat-dekat rumah. Masa tu kawan baik aku namanya Rosmawar Nadin (anak tauke ayam percik kat Chabau), yang lain yang selalu ikut konvoi kami, Junaidah sabaruddin dan juga Zamrah.  sampai la ni aku cuma dapat berhubung dengan Mawar je..yang lain entah kemana aku tak tau.  lama gak la duk Balai Polis Chabau tu pas tu tingkatan 2 abah pindah ke Balai Polis Jasin tapi sebab masa tu aku sekolah kat Spg Bekoh tak mau pindah Jasin so mak pindah ke Spg Bekoh dan abah berulang pergi kerja.  Sebab mak kesian kat abah berulang ke Jasin dalam lebih kurang 15km mak pindah jugak ke kuarters Balai Jasin dan aku masuk asrama desa.(asrama desa ni diwujudkan untuk pelajar-pelajar yang duduk jauh dari sekolah dan kemudahan disediakan macam asrama lain.)  Tapi result SPM tak lah memberangsangkan, setakat dapat pangkat 2 je, aku pun try la nak berdikari, apply kerja kat restoran makanan segera McDotadah tak ada dah francais tu) lepas tu mak ajak keje satu kilang ngan dia (mak keje sebab kami adik beradik dah besar dan mak boring duk kat rumah) aku pun try la keje kilang sarung tangan ANSELL di Ayer Keroh, yang join keje ni si Mawar la, kawan baik aku tu, memula shif pagi, ok jer, pas tu shif petang, ok lagi, masuk shif malam, aku jenis tak leh tidur siang, balik umah berangan nak tidur sampai petang tapi pukul 10 dah terkebil-kebil mata tak leh tidur, bayangkan la sehari tidur 3 jam je..biul oooooo.....terfikir macamana orang yang kerja kilang ni leh tahan mata kalau shif malam. lepas tu cakap dengan mak, tak mau dah kerja kilang, aku try belajar komputer dan menaip, rezeki kot, aku ditawarkan jadi fasilitator kat tempat aku belajar komputer tu kat Bandar Jasin.(tak ingat la nama tempat tu) dalam 5 bulan aku kerja, aku sudah ternampak iklan pengambilan kadet tauliah jangka pendek kat paper kebetulan pak ngah datang rumah(dia masa tu masih servis dalam ATM)aku pun tanya la macamana pengambilan tu dan apa kerjanya, diapun menerangkan dengan panjang lebar la, bila dah faham aku try nak masuk tentera setelah permohonan nak masuk Polis tak dapat(walaupun abah polis tapi sebab umur aku masa tu tak cukup 18 permohonan tu ditolak)

  Pak Ngah la yang bawa aku pergi Tenaga Kerja C (TKC) kat MINDEF dan aku pun isi borang. Tak sampai sebulan aku dipanggil temuduga di Kem Terendak(Nasib baik dekat) seminggu. Mula-mula hairan juga sebab apa la lama sangat temuduga ni rupanya kena lanyak dengan ujian fizikal hari-dari, ujian kesihatan, ujian renang dan juga ujian IQ, tak termasuk ujian untuk tahan mental..biasala waktu tidur disuruh menyanyi la, public speaking la dan macam-macam lagi, rupa-rupanya seminggu tu nak tengok kita tahan ke tak dengan ujian tu. Last masuk board no 3, terus dimaklumkan permohonan aku berjaya dan aku kena lapor kat Maktab Tentera Diraja bulan Julai 1995. 

  Dah dapat result, aku pun mulala prepare dengan joging pagi-pagi 6km setiap hari dan belajar buat tekan tubi sebab aku tau aku failed dengan tekan tubi..rambut pun masa tu dah start potong pendek sebab tak mau nangis bila dah gondol nanti


  Apa kesudahannya..kita tunggu selepas ini.......

1 comment:

  1. salam.. zety, lama kami mencari bru jumpa.. ingat saya ismail, sek. kebangsaan kampong sireh.. ni no phone saya 01117987335.. kami nk buat group wassap untuk bekas plajar skks

    ReplyDelete