Saturday 18 December 2010

Bola oh! Bola

Ni satu lagi perkara yang paling aku tak suka...bola sepak! sebabnya aku tak suka...ada sejarahnya..


 1 - masa aku sekolah menengah dulu n masa duk asrama desa, oleh kerana dah tak ada kerja so warden cdg main bola sepak so kira dorm A lawan dorm B la..aku pun dengan semangatnya nak la try sukan ni coz nampak macam senangg sedangkan aku tak pernah pun main bola sepak..peraturan pun tak tau.hehehehehhe..main punya main (ye la seme pompuan..bayangkan la kecoh macamana..dah la tak ada stamina) aku terjatuh ntah macamana..apa lagi tangan kiri aku rasa macam nak tercabut..nak kata patah tak terkulai pulak tangan ni..tapi main juga sebab nak habiskan perjuangan..kononya..tapi tak ingatla sapa yang menang coz masa tu dah melayan sakit.. start aritu..tgn aku mula bengkak..rupanya terseliuh..adoyai..sakitnya Tuhan aje yang tau..dah bengkak pulak baru nak p urut, tau je la kan sakitnya macamana.


2 - ni kali kedua aku try permainan yang guna bola ni..tapi bukan bola sepak tapi futsal..masa tu Wisma Samudera organize sukan..so tak ada sukan untuk wanita kecuali dart dan futsal..so oleh kerana tim Markas Armada tak cukup, aku pun sukarela nak join..tgh main syok-syok kat gelanggang futsal yang baru jer siap kat Wisma, tergeliat pulak kaki kanan ni..bunyi meletop uoalls..ha..dengan tergeliatnya kaki kanan ni..sakitnya Ya Allah..aku try gak p berurut tapi sempat 2 kali jer coz tersangatla sakit..lepas bengkak tak surut-surut..aku p hospital dan x-ray menunjukkan pergelangan kaki kanan aku retak..terus tak leh nak joging hanya brisk walk  untuk keluarkan peluh


  Itu la antara sebab aku tak suka bola sepak n futsal..serik n fobia!


  Tapi sebab nak tengok apa reaksi penonton Malaysia di Bukit Jalil..aku temankan hubby aku tengok semi final yang pertama Malaysia lwn Vietnam hari Selasa 14 Dis 10, kebetulan tak ada cerita best kat channel TV yang lain so layan la tengok bola sepak, hubby aku cakap, kalau kita tengok ni mesti Malaysia kalah..tengok punya tengok..Malaysia sumbat 2 gol malam tu so kena tunggu semi final kedua yang dijadualkan pada hari Sabtu 18 Dis 10 untuk mengesahkan Malaysia ke final..


  Masa semi final kedua pun walaupun hati teringin nak tengok Majalah 3 tapi layan jugala bola sebab nak tengok prestasi Malaysia..akhirnya Malaysia berjaya menyekat kemaraan Vietnam walaupun pemain Vietnam nampak macam kurang ajar kat tempat sendiri (tempat sendiri kan konon nak tunjuk bagus kat penyokong dia la) anyway tahniah untuk tim Malaysia kerana berjaya layak ke final menentang Indonesia.


  Tapi ada satu yang aku tak puas hati iaitu pengulas bersama Dato Hasbullah Awang..aku dimaklumkan oleh seorang kawan aku dia tu jururlatih beberapa negeri..nama dia kalau aku tak silap Abd Rahman Ibrahim tapi dia memang tidak profesional langsung..cuba bayang kan kita diberi peluang duduk ngan Dato Hasbullah n kita langsung tak ada pengalaman, apa yang kita buat?


  1st, pastikan lidah kita tak ada loghat negeri di mana kita berasal...kalau ada..p practise lagi sampai betul2 ilang, gunakan bahasa Malaysia yang betul, kalau tak boleh nak ilangkan loghat tu jgn sekali-kali berangan nak jadi pembaca berita ke, pengulas sukan ke..(coz kalau budak kecik yang tengah belajar kat sekolah dengar perkataan penonton jadi penontong, bawa jadi bowok, kan itu akan mempengaruhi student2 yang baru nak belajar)


  2nd, jgn mencelah pengulas sukan yang pro sedang membuat liputan coz ianya akan mengganggu ulasn org pro


  Memang semalam celahan coach tu membuatkan aku fed up nak tengok bola lagi..tapi tak tau la kan..kalau RTM boleh cari pengganti Dato hasbullah dengan yang kelas dan mempunyai suara serta karisma yang kuat..wa tabik la..coz setakat ni Dato Hasbullah dan DAto Rahim Razali tiada gantinya.

No comments:

Post a Comment