Saturday 11 December 2010

FIREFLY-Amazing scene






   Hari Sabtu 11 Dis 2010, dah melepak dari pagi sampai petang dengan hubby, pas tu baru teringat nak pergi ke Tanjung Karang rumah adik abah (Wak Nan n Bik Jum) jam 6 setengah baru sampai umah Bik Jum coz hujan pertengahan jalan.  Dipertengahan jalan nampak sign board Firefly park, Kg. Kuantan, Assam Jawa, cakap ngan hubby best gak kalau dapat tengok firefly kan..

Hubby cakap - Jom kita p tengok malam ni..

  Apa lagi seronoknya rasa hati..tak sabar nak tunggu malam..ye la nama pun firefly(tak kan nak tengok sensiang buta) ..org melayu panggil kunang-kunang, lagipun dah beribu kali lalu kawasan ni tapi tak pernah singgah(tu la orang melayu kan?tempat menarik depan mata tak mau pergi tapi yang jauh-jauh seberang tanah air kita yang kita ngigaukan, tu tak kira belanja nak beli tiket kapal terbang, duit poket, masalah makanan, masalah bahasa, masalah cuaca, masalah pakaian, pendek kata macam-macam pantang larang la..tapi yang tu jugak yang kita nak pergi, apa kurangnya Malaysia ni, semua ada malah kekadang kita tak pernah nak hargainya)

  Lepas dinner yang paling sempoi Bik Jum masak, ikan caru (ikan jaket) balut daun pisang bakar dalam kuali, sayur goreng dan air asam, kami sembang-sembang kejap dengan Bik Jum dan Wak Nan pekena kopi 'o' kaw giler Bik Jum buat. dalam kul 10 kami minta diri nak ke firefly park, terus pergi  mengikut arah sign board.

  Sampai kat tempat tu banyak juga kereta tapi sunyi jer..ye la..nak tengok binatang tu tak kan bising-bising,nanti lari pulak.  Kami dimaklumkan tiket seorang dewasa RM15 dan kanak-kanak RM10.  Cuak juga tengok kaunter tiket tutup..sekali tengok kat jadual cruising tu 7.30mlm-10.30 mlm.  ALAMAK!!!!!Dah tutup la..tengok jam dah pukul 10.40 mlm.

  Tapi ye la tak cuba tak tau, tak tanya rugi..kebetulan ada seorang pakcik tu keluar dari kawasan chalet lalu aku tegur,

Zaty - Assalamualaikum bang!Dah abis ek cruising? (panggil abang bagi dia perasan sikit..baru la diaorg ni akan tolong kita)

Pakcik - Nak tengok ke? kejap ek, tadi ada 4 orang kita

  Terus pakcik tu panggil kawan dia tru walkie talkie..lepas beberapa maklumat diberikan dia kata

Pakcik- Ok jom, nasib baik dia tak jauh lagi..

  Alhamdulillah!!!!akhirnya tercapai juga cita-cita..lepas pakai life jaket, terus p kat tepi jeti tapi keadaan mmg senyap je..n dah tentu GELAP.

  Tiba-tiba ada lampu dari bot..la..rupanya mmg bot tu dekat sangat dengan jeti, ada 4 org dalam bot + seorang pengemudi bot.

  Bila bot dah rapat kat jeti, aku dan hubby pun masuk dalam bot, bot pun mula gerak..start gerak jer lampu kat bot tu pun padam..bila dah gelap tu apa lagi..terus nampak kunang-kunang kat pokok tepi sungai..

  Ya Allah! Cantiknya..Subhanallah..tak tergambar dengan kata-kata dan yang paling mustahak..tak dapat rakam dengan kamera!

  kalau kamera canggih macam nak rakam National Geografi ok la..tapi ni kamera digital biasa + handphone Nokia..dah set tak guna flash pun masih tak leh nak rakam keindahannya..akhirnya rakam dalam kepala jer la..sambil2 tu sembang la dengan penumpang yang awal dalam bot tu n dengan pengemudi..maklumatnya..kunang-kunang ni hanya suka n makan daun pokok berembang. dan kalau nak tengok lagi banyak kena datang awal dalam jam 8 mlm..masa tu mmg banyak dan jgn datang waktu bulan mengambang..nanti tak nampak sangat.

   Romantik la pulak gelap-gelap berdating dengan hubby kan..heheheheh...tapi kalau nak dibandingkan dengan kunang-kunang hutan, kunang-kunang ni lebih kecil dan yang paling penting dia banyak, dalam hutan(ye la ..dulu hidup dalam hutan, makan tidur dalam hutan so bila kena bergerak dalam waktu malam kekadang kunang-kunang ni yang jadi mangsa kami masuk dalam plastik letak kat belakang buddy melainkan kayu hutan yang ada luminous) kekadang jer jumpa..pas tu seekor-seekor yang terbang..tak banyak..pendek kata susah nak dapat.tapi saiznya besar(kalau dapat tu kira bertuah la)

  Ini la pengalaman yang paling best sekali setakat ni..nak upload gambar ..hanya gambar yang ada kat kawasan nak masuk ke jeti jer la yang boleh dipertontonkan..yang keindahan firefly tu - adalah dimaklumkan kenala pergi sendiri, tengok sendiri baru tau best tak best.  Kalau setakat nak suruh aku jadi penunjuk jalan atau pengorganize boleh la..cakap jer nak pergi bila n berapa orang...aku tak la amik komisen dari sapa-sapa tapi setakat nak mempromosi tempat-tempat menarik kat Selangor.

  Kalau nak lagi selesa kat situ jugak ada calet atas air yang boleh disewa, nampak macam ramai cina Singapura yang stay kat situ tapi kalau tengok keadaan, mmg best la chalet tu, aman tenteram dan nyaman jer kawasan tu..


nampak tak kat belakang tu..satu group remaja cina baru nak gerak tengok firefly


Seronok dapat tengok firefly
   Thank you B kerana sudi melayan karenah isterimu yang mcm2 mengidam ni..hehehehhe... I LOVE YOU.Muah!

No comments:

Post a Comment