Sunday 12 December 2010

Barang hantaran

Oleh kerana kawen kali ni dan tengok macam-macam bentuk, jenis, style dan juga fashion bentuk-bentuk hantaran yang digayakan, dalam kepala dah terbayangkan bagaimana bentuk rupa hantaran aku kali ni tapi yang penting dah set nak guna fresh flower.

  So bila cakap dengan Mr Shah, dia setuju jer, kami pun (aku,Mr Shah n Nurin) berjalan kat KL untuk tinjau kedai bunga yang murah..tapi si Nurin ni lagi cekap (ye la, dia keje ngan production hse so dia tau kat mana kedai bunga kat KL yang jual bunga secara BORONG, tak perlu p Cameron).  Nurin bawa p kat Petaling Street n ha! teruja tengok lori bunga dari Cameron tgh unload bunga ke kedai tu..macam nak gila tengok rose, bunga sundal malam, carnation n macam-macam lagi yang mmg fresh.  Aku pun apa lagi mula la tinjau harga dan buat perkiraan......

Zaty - ermmmm...dalam RM150 ni semenya.ok tak yang?

Mr Shah - ok..i ikut jer

  Dah dapat green lite dari menteri kewangan, tanya tauke kedai tu pulak

Zaty - Toke, lori ni hari-hari datang ke?

Tauke - Ya, hari-hari datang

  dah dapat jawapan pasti dari tauke kedai, tak la susah hati dengan stok lalu menyenaraikan pula jenis bunga yang diperlukan

1. Rose merah
2. Sundal Malam
3. White Lily
4. Baby breath
5. daun-daun

  Ok la..dah dapat buat senarai kami berjalan ke Petaling Street, sekali tu jumpa satu gerai kecik je kat situ jual bunga melur yang dah diikat dengan benang kait..terus teringat nak gantung bunga tu dalam bilik pengantin supaya baunya wangi..

  Siap bayar, amik resit dan buat appointment utk amik bunga melur tu. ermm...untuk persediaan hantaran dah beres, barang untuk hantaran pun dah beli, dulang untuk hantaran pun dah beli dari aku untuk Shah aku akan gunakan dulang silver dengan ros merah dan dari shah untuk aku aku gunakan warna gold dengan white lily dan aku plan untuk buat hantaran ni tak leh buat awal-awal coz nanti bunga tu tak segar ( walaupun guna span yang meresap air tapi nak kena jaga juga)

  So aktiviti menyiapkan hantaran tu dibantu oleh Nurin n Ain (tak ada orang lain coz mak n abah hanya sampai pagi nikah, kengkawan yang lain ada hal lain) pada malam pernikahan tu start jam 7 malam siap jam 2 pagi..punya la penat! tapi hasilnya berbaloi dan aku sangat puas hati (hantaran dari Shah untuk aku aku buat juga n Shah datang amik dalam jam 9 mlm tu) cuma 1 jer..sundal malam tak ada stok pada hari kami p beli bunga-bunga tu...sedih tapi bila dihitung..ada bunga rose putih lebih untuk side table bilik pengantin n alhamdulillah..bunga cukup mengikut bajet yang diberi...

Yang ni Nurin gubah

Bunga rampai n lilin ni hasil kerja aku

Kasut utk huby

Hubby pilih Davidoff ni

Coklat

leather purse n butang baju melayu

Buah

Yang ni pun sireh junjung Nurin buat

Kasut n clucth aku yang pilih

Quran dan telekung

Bunga rampai dan perfume Salvatore Ferragamo- hubby yang pilih

Mas kawen dan cincin kawen
  So boleh la jenguk-jenguk gambar-gambar hantaran yang telah di uploadkan..kepada sesiapa yang berkenan nak minta khidmat gubahan hantaran boleh la contact-contact aku ye. ;-)

No comments:

Post a Comment