Saturday 9 April 2011

masa makin suntuk..
sempatkah???
hasrat untuk melihat negara orang, menikmati keindahan ciptaan Allah..dan merasai belaian sayang dari orang yang cintai
kerana...semakin lama semakin pudar kerana dendam, dan hilang bagai angin yang bertiup dari Barat..
kemesraan semakin goyang dan diri terasa seperti tidak diperlukan lagi
kerana amarah dan juga hasutan dari orang yang hanya tahu pentingkan diri sendiri
hadirku..hanya setakat hadir dan tidak pernah dihargai..
sakitku..hanya aku dan Tuhan yang tahu
pengorbananku..hanya secebis pangalaman untuk diriku sendiri

Bila ianya akan menyedarkan??
adakah hanya setelah nyawa bercerai dari badan?
dan adakah kehilangan itu akan memberi lebih kebahagiaan??
kepada orang-orang yang tidak pernah memikirkan perasaan orang lain..terima kasih kerana merampas senyuman aku..
terima kasih kerana membahagiakan orang yang aku cintai..
peluk la  dia..belai la dia seperti mana aku pernah membelainya..itu la yang akan membahagiakannya.

biar aku pergi dengan takdirku yang tidak pernah merasai kebahagiaan berpanjangan..sepertimana yang kamu semua tahu..dari sahabat-sahabatmu yang selalu memberikan hempedu kepada ku dan kamu tidak pernah untuk membaiki malah menghancurkannya...



Friday 1 April 2011

Pengalaman mengandung

  Aku ni mengandung kali pertama tahun 1999, masa tu period tak betul waktunya..so kita pun tak la pernah merasa macamana rasa orang mengandung..tetiba teringat ubat herba cina yang mak bagi utk dapatkan anak..4 tahun kahwin tak dapat anak, sapa yang tak risau dan macam-macam cara dan ubat ditelan untuk dapatkan zuriat.  Tapi tetiba rasa macam terlintas kat hati nak p check doctor dulu sebelum amik ubat cina tu..pegila satu klinik kat Taman Tas Kuantan (masa tu keje kat Kuantan), bila buat urine test, terkejut bila tengok alat ujian tu positif, so panik la kejap, sempat tegur doktor jangan buat lawak..bila doctor tanya las period..jawapnya setahun yang lepas la..doctor pompuan tu pun jawap, mmg ada kes yang perempuan tak period tapi leh mengandung cuma kas tu kira 1 dal setengah juta la..hehehehehh..katanya..
  Doctor cakap utk tengok usia kandungan kena buat scan utk ukur kepala baby, masa tu kita akan tau berapa bulan bayi kita..aku pun tak membantah,buat la scan..doctor tunjuk jantung baby yang agak kuat degupannya dan ukur kepala baby yang nampak sangat bulat... Doctor cakap kalau ikutkan saiz kepala baby ni, usia kandungan aku dah masuk 4 bulan dan due aku dijangka awal bulan Julai 2000..kus semangat..rasa nak pitam dengar penjelasan doctor tu..rupanya dalam diam Allah bagi aku rezeki dan yang bestnya hari sebelum tu aku main futsal dengan pegawai lelaki kat mes Batu 10 Kuantan..(mesti ramai yang tak percaya kan..padahal itu la yang sebenarnya..seme orang tak tau yang duk berlari, jatuh tunggang langgang tu adalah seorang perempuan mengandung 4 bulan)
  Itu cerita yang 1st la..tak ada masalah sehingga nak lahir, walaupun kena induce coz pintu rahim tak buka sepenuhnya tapi selamat aku melahirkan Ain Irdina yang comel 3.1kg tepat 5.32 ptg 30 Jun 2000.
  Cerita yang kedua pulak, sebulan nikah aku rasa tak sedap badan rupanya org kata bunting pelamin tapi Alhamdulillah..sementara umur masih mude..perasan la tu..aku dapat mengandung lagi tapi kali ni cukup mencabar, bukan setakat morning sickness yang lite (lite pun tapi kalau dah rasa macam nak terkeluar isi perut, apatah lagi kalau heavy morning sickness..mesti aku rasa nak mati dah) kemudian bermacam cabaranaku lalui dari cabaran karier, cabaran family, cabaran dari segi mental la yang paling aku tak tahan..kita akan harapkan segala perhatian supaya kita rasa dihargai tapi kali ini cabaran kehilangan perhatian dan juga ketidakpedulikan oleh orang yang kita sayang membuatkan aku sangat stress kali ni sehingga usia kandungan masuk 7 bulan berat aku berkurangan 2 kilogram dan yang paling sakit, kedudukan uri aku kebawah tahap 3 sehingga doctor nak tahan aku kat wad sampai aku 9 bulan, tapi aku rasa alangkah sedihnya kalau aku terpaksa duduk kat wad tanpa buat apa-apa selama 2 bulan.
  Oleh itu aku membuat keputusan yang drastik untuk meneruskan rutin biasa aku untuk mendapatkan rezeki yang halal kerana aku ingin membuat persiapan yang sewajarnya untuk menyambut orang baru ni.  Mengandung kali ni juga aku alah pada seafood..kata doctor,gen suami kita dalam badan kita telah menjadi bendasing dan menyebabkan kita juga alah terhadap seafood..tapi aku harap lepas bersalin aku leh makan semula seafood kegemaran aku.
  Dengan ini aku menadah tangan berdoa kepada yang Maha Esa untuk mempermudahkan proses mengandung aku ini yang masih berbaki 2 bulan lagi dan agar kedudukan uri aku akan kembali ketempat asalnya. Tolong doakan sekali ye..Amin!