Tuesday 14 December 2010

Sejarah lalu II

  So kita sambung cerita yang lepas, tiba tarikh yang ditetapkan aku ke bas station Melaka dihantar oleh abah n mak n adik aku..masa tu tengok ramai lagi yang bawa beg besar-besar dan nampak sebaya aku la..so dalam ramai-ramai tu adalah sorang perempuan bawa beg besar macam nak pergi tak nak balik dah..heheheheh...

  Dapat je bas, kami terus naik dan terus ke pudu..nak kata sedih tinggalkan mak n abah..tak jugak sebab dah selalu duk jauh-jauh so memang tak la sedih sampai nangis-nangis.

  Sampai kat Pudu pulak..ingatkan kami jer..rupa-rupanya semua calon yang dah lulus masuk kadet dari serata dan seluruh Malaysia rupanya berkumpul kat Pudu..lepas tu aku tengok ada wakil dari MTD  (RMC - glamer sikit kan sebab kekadang org tak tau pun apa itu MTD) siap dengan senarai dan juga trak askar..

  Apa lagi bila dah kena panggil (satu Pudu dengar beb!) aku pun punggah la beg-beg aku ke trak askar yang dikhaskan untuk load beg-beg..masa tu la aku tengok semenya kurus kering, berbagai rupa, dengan rambut panjang dengan berbagai gaya ranggi..

  Sampai RMC, aku pulak yang terkedu sebab aku ingat RMC ni kat lapangan terbang Sungai Besi yang kat tepi lebuhraya sebelum masuk Jalan Tun Razak tu tapi rupanya kat pekan Sungai Besi kat area Mines..tepi bukit, bukan tepi bukit, RMC ni atas bukit..cuma BOY WING atas lagi dari KADET WING..

  So ni la first time aku sampai, kami pun diberi tempat penginapan, kami ladies ada 6 orang, lelaki ramai la dalam 130 orang.

  Bermula dari tarikh ni 14 Julai 1994, aku pun memulakan rutin baru, tapi masa ni tak angkat sumpah lagi, so kenala pakai baju kurung untuk proses dokumentasi kemasukan.  Lepas dapat nombor tentera (no aku 3006366) kami dijadualkan mengangkat sumpah beramai-ramai kat padang kawad.

  Nak tahu? lepas je angkat sumpah bermula la latihan yang memerlukan kecekalan dan ketabahan fizikal dan mental.  Yang mula pertama mula, kena lari dalam satu kumpulan dengan baju kurung dan kasut tumit tinggi, masa tu pulak kasut aku tak kurang dari 3 inci, semenya tinggi, rasanya aku sorang jer yang pakai kasut tumit tinggi sebab kawan-kawan pompuan yang lain semuanya pakai kasut yang tumitnya tak lebih dari 2 inci. hahahahahha

  Tapi percaya la..kalau nak cerita satu-satu memang tak leh nak cerita sebab pengalaman latihan setahun dengan kawan-kawan yang berbagai perangai dan juga berabagai ragam adalah satu pengalaman yang sangat manis dan tak boleh dilupakan, walaupun semasa latihan jurulatih samada pegawai dan juga lain-lain pangkat sangat garang dan juga sangat tegas tapi itu adalah untuk membuatkan kami satu pengambilan tahan dengan tekanan dan juga boleh bertindak dalam keadaan yang sangat kritikal.

  Malah sehingga kini semua peristiwa yang berlaku semasa latihan kawad (bukan setakat kawad kaki tapi kawad senjata, kawad panji-panji, kawad pedang, kawad tongkat dan kawad kawalan jenazah), latihan senjata, latihan hutan, latihan ketenteraman awam, latihan renang, merempuh halangan, sukan dan berbagai lagi sampai tak teringat semuanya menjadi kenangan yang paling indah dan menjadi bahan gelak antara kami bila ada reunion dan sebagainya..sampaikan kat facebook pun masih lagi duk kutuk mengutuk..ye la..kalau dulu masing-masing rambut panjang seakarang dah smart dan bergaya malah pangkat masing-masing dah pun mejar dan tak lama lagi mereka yang rezeki murah akan naik Lt Kol dan jadi CO unit..

  Semasa latihan ini la aku berjumpa dengan bekas suami aku yang pertama semasa kami mengadakan ekspedisi 3 perkhidmatan (3 perkhidmatan ni Darat, Laut dan Udara) di Pulau Langkawi..tapi tak perlu la cerita secara detail kan sebab ianya akan menambahkan rasa yang bercampur baur dalam jiwa ni.

  Masa latihan juga aku adalah antara kadet wanita yang fizikal paling besar tapi paling tahan kena lanyak dan ada jurulatih pegawai yang telah mencabar aku untuk aku mohon kursus Asas Payung Terjun di Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK) di Sungai Udang (PULPAK ni tempat komando kita dilatih dan terkenal dengan ungkapan kedatangan anda tidak diundang, sekiranya ragu-ragu sila pulang) sebab pada masa tu hanya ada 3 orang pegawai wanita yang ada sayap penerjunan..so aku berazam untuk menyahut cabaran tersebut dengan secara sukarelanya memohon menyertai kursus tersebut selesai latihan kadet dan aku berjaya diterima untuk kursus tersebut tapi dengan syarat kena ada buddy perempuan juga..so kawan aku yang kami panggil kak Lin (sebab dia diantara kadet wanita yang paling tua antara kami, kami masa tu muda belia..heheheheh) join aku.

  Yang paling best sebulan sebelum ditauliahkan aku dan beberapa orang skot aku terpilih untuk menyertai lawatan sambil belajar ke Brunei..dapatla p melancong free, seminggu kami kat Brunei, cuma tu la pengalaman pertaman naik kapal terbang TUDM - Charlie, seksanya Tuhan aje yang tahu, dah la masa tu uniform pakai skirt (yang start pakai tudung tahun 1997) terkepit-kepit aku dibuatnya.  Sampai Brunei kami p jalan free je la, nasib baik semua barang keperluan aku bawa sebab barang kat sana memang murah tapi bila duit Malaysia di tukar ke Dolar Brunei, aku hanya mampu beli souvenior yang murah-murah jer sebab tak bawa duit banyak..ye la masa tu elaun kadet RM450 aje..tolak duit mess bill tiap-tiap bulan, yang ada kat tangan cuma RM100 so sendiri kira la..dan begitu la sengsaranya. Yang bertuahnya uniform dapat free, makan pun free dan penginapan juga free..yang penting kena ikut disiplin dan juga tak langgar peraturan dan juga arahan yang diberi..

  Balik dari Brunei, kawan-kawan yang lain dah start kawad untuk perbarisan tamat latihan, aku pun start la  berkawad dan tiba tarikh keramat yang tak mungkin aku lupakan 21 JULAI 1995, aku dan kawan-kawan aku ditauliahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong di Padang kawad Maktab Tentera DiRaja, Kem Sungai Besi bersaksikan mak, abah dan juga pak ngah aku yang telah ku anggap sebagai orang yang bertanggungjawab memberikan aku semangat untuk meneruskan perjuangan..

  Dan aku mula memakai bowler hat berwarna merah (bowler hat tu topi untuk wanita) dan aku berazam untuk menjadi Pegawai Polis Tentera yang berjaya....

  Tapi orang lain dapat cuti 2 minggu lepas latihan, aku sempat habiskan seminggu jer sebab lepas tu aku lapor diri kat PULPAK untuk kursus asas payung terjun, sebulan kena lanyak lagi, hari-hari berlari sebab kat kem ni tak kira siapa, asalkan pangkat Kapten ke bawah nampak langit jer kena lari so kitaorang yang Leftenan Muda ni kompem la kena lari, dari mess ke tempat latihan dari pagi sampai petang berlari dengan loreng dan spike boot so kiranya masa tu tulang aku besi dan urat aku dawai...hehehehheh dan berat aku masa tu cuma 59 kg!!!!

  Sebulan kena hanyam, aku dan kawan-kawan sekursus dihantar ke Kuala Terengganu untuk sessi penerjunan di lapangan terbang Terengganu dan seronoknya bila dapat jadi burung 7 kali (ye la..terjun minimum 7 kali untuk dapatkan sayap penerjunan) dapat tengok kampung-kampung keliling lapangan terbang dan dah tentu la bandar Kuala Terengganu.!

  Habis kursus tu aku report kat Kem Terendak, 2 tahun kat Terendak aku minta ditukarkan ke Kuantan sebab masa tu aku dah kawen dengan bekas suami aku, so bila dah dapat aku pun pindah Kuantan..4 tahun aku bertapa kat Kuantan, macam-macam kerja aku buat, dan macam-macam pengalaman aku dapat sebab kat Kuantan ni banyak cabarannya..negeri pun paling besar dalam semenanjung so keje banyak..

  Lepas tu aku dapat pindah KL pulak tapi kali ni yang best sekali, aku dilantik menjadi Ketua Cawangan Trafik Dan Istiadat kat Pusat Latihan Polis Tentera, Kem Genting Klang(cawangan ni melatih anggota MP untuk mengendalikan motosikal kuasa besar CBX 750 dan juga tugas-tugas istiadat yang melibatkan protokol istana) seronok buat keje ni sebab aku sendiri kekadang tunggang motosikal tu ajak Komandan dan pegawai-pegawai lain p long distance, kekadang p Raub, kekadang p round KL sampai ke KLIA...(tapi bila student tak ada la)

  2003- tahun yang tak mungkin dapat dilupakan apabila aku terpaksa mengorbankan kerjaya pilihan aku ini untuk bersama yang tersayang( masa tu la sayang, masa ni dah tak sayang dah) apabila bekas suami minta supaya aku buat permohonan bertukar perkhidmatan dari perkhidmatan Darat ke perkhidmatan Laut so awal tahun 2004 aku start pakai uniform putih pulak sampai sekarang...(tu sebabnya gambar-gambar dalam facebook ada yang pakai hijau dan putih..)

  Tapi masih ada hikmahnya aku bertukar perkhidmatan, walaupun jodoh aku yang pertama tak kekal tapi aku jumpa hubby aku sekarang...so aku bersyukur sangat dengan apa yang telah berlaku..

  Macam tu la perjalanan hidup aku dan aku berharap agar ianya mengajar aku erti kehidupan yang sebenarnya...

No comments:

Post a Comment