Sunday 12 December 2010

Laksa Kedah

Kali ni nak cerita sikit pasal laksa kedah pulak.  Dulu aku ni tak la minat sangat memasak, aku lebih rela buat crosstich atau mengait buat alas meja coz pada aku masak ni leceh n comot.  Masa aku muda remaja dulu pun mak tak pernah paksa atau suruh aku masuk dapur tolong dia, kalau aku masuk tolong pun setakat tolong kupas bawang n lepas tu aku blah coz tak mau berlengas kat dapur, yang aku tau lunch n dinner dah siap.heheheheheh..


  kalau balik kampung umah nyai pun (panggilan aku n sepupu lain kepada nenek aku sebelah mak) aku tak suka duduk dapur malah lebih rela ikut abah atau sepupu aku pergi kebun kat belakang rumah n panjat pokok atau berkubang kat sungai belakang.  Dan mak suka bandingkan aku dengan sepupu aku yang sekarang bekerja kat Putrajaya kerana dia rajin dan pandai memasak.


  Tapi itulah perempuan, walaupun tak minat tapi kena jugak belajar masak kan? cuma kelebihan aku, aku suka memerhati sesuatu menu tu apa yang ada dalam masakan tu, bukan setakat rasa tapi kalau bawang ditumbuk tu kan kita leh nampak serpihan bawang yang ditumbuk so aku belajar dari kelebihan aku ini.


  Lepas aku nikah dengan hubby yang first tu, mmg la dia tak kisah aku reti masak ke tak sebab ye la..kami berdua kat umah so selalunya beli bungkus jer la tapi aku rasa macam ada yang tak kena, kira bajet, lari oooo...masa tu plak gaji Leftenan Muda berapa sen sangat la bukan macam pegawai muda sekarang ni..tak pernah merasa gaji pokok RM900 lebih.


  Lepas tu aku asah skil aku sikit demi sikit sampai la aku boleh masak untuk mini kenduri kat umah, ajak kawan-kawan datang rumah makan sampaikan kat Kuantan dulu, kawan aku Wan Munaizun jadi mangsa alergiknya kerana sambal udang aku yang dikatakan tidak mampu di tolak oleh seleranya....heheheheh sory ye Wan, aku telah menyebabkan muka ko bengkak!


  Kiranya aku dulu ada orang akan ketagih dengan sambal ikan bilis yang aku selalu buat untuk dibekalkan kepada hubby aku yang 1st tu bila dia p belayar n sambal tu habis setiap kali kapal dia buat latihan dan ada heli mendarat atas kapal dia (dia la kata ada pilot heli tu setiap kali mendarat di kapalnya akan minta dia keluarkan sambal yang aku bekalkan)


  Tapi itu sejarah lalu..aku menambahkan skil memasak aku dengan berbagai cara dan yang paling baru aku belajar buat laksa, bukan laksa Penang tapi laksa Kedah, pada pandangan aku dimata kasar, laksa Kedah n Penang sama je tapi rupanya berbeza..aku tak la gila sangat makan laksa coz aku tak jumpa lagi laksa yang betul-betul kaw, nak pulak ada email yang aku terima minta kita berhati-hati dengan taktik kotor peniaga laksa yang maukan keuntungan lebih, ikan tak banyak tapi guna tisu sebagai pemekat kuah...sedih kalau termakan laksa macam tu..so kalau nak tau kat mana aku buat laksa Kedah ni, siapa lagi..kat mak mertua aku la..


  2nd visit aku ke rumah mak mertua aku sebelum kami nikah dalam bulan Julai, mak mertua aku telah menunjukkan cara untuk buat laksa Kedah yang sgt senang..malah mengajar aku macamana nak basuh ikan supaya laksa tu tak hanyir..katanya kalau tak dibuat begitu nanti kuah tu hanyir coz ikan tu tak bersih.


Ok..berikut adalah resepinya step by step, aku tulis mengikut turutan supaya tak kelam kabut ok..sebenarnya kalau nak lagi sedap, kalau nak makan esok, kuah laksa tu sepatutnya dibuat pada petang sebelum itu atau pada sebelah malam..untuk sebatikan ikan n asam keping nya.


1 paket laksa


Kuah


sekilo ikan kembung
sedikit cili giling
2 @ 3 asam keping
bunga kantan
daun kesum @ cenohom
garam secukup rasa


Bahan aksesori


Salad
Timun
Bawang besar - dihiris
Limau kasturi
Cili api - kalau nak pedas
Telur rebus
Nenas
otak udang - kalau suka


rendam laksa kering dulu-1  paket leh dimakan untuk 6 orang.  laksa dah kembang boleh rebus atau kukus. 


ikan kembung- siang macam biasa, bersihkan kawasan perut ikan jgn ada hitam-hitam dan juga bersihkan bahagian dalam pipi ikan (kawasan insang ikan)


ikan direbus - asingkan, amik isinya dan blender, tulang jgn buang
air rebus ikan tadi jangan dibuang tapi diguna balik sebagai kuah.
Masukkan cili giling dalam air rebusan ikan tadi, biarkan mendidih sehingga cili giling tu masak.
Masukkan asam keping
Masukkan isi ikan yang telah diblender tadi dalam rebusan tadi
Semua tulang ikan blender lagi 2-3 kali sampai tulang tu putih (tapis tau..kalau tak tulang ikan tu leh buat org tercekik)
Didihkan kuah tadi, masukkan bunga kantan dan juga daun kesum.
Masukkan garam secukup rasa, kalau rasa pedas, masukkan gula sikit


Dah siap pun kuahnya. boleh la laksa yang direbus tu di taburkan dengan bahan-bahan sampingan (aku panggil aksesori) dan tuang kuah..leh la makan laksa yang sedap mengikut kehendak lidah kita..hehehehhhe..nanti lepas ni kita buat menu lain pulak ye...




Ni model iklan laksa kedah..Nurin




Ni la bahan-bahan hiasan (aksesori)

Ni kuahnya...


No comments:

Post a Comment