Friday 7 January 2011

i-City - 7 Jan 2011

  Dah pun masuk tahun 2011..nak cerita pasal sambutan tahun baru tahun ni aku tak sambut pun sebab keletihan balik Alor Setar..celik mata jer pagi 1 jan 2011, 2010 menjadi tahun yang penuh kenangan pahit manis so tak guna nak kenang apa yang dah berlaku..sekarang masa untuk mengorak langkah untuk terus kedepan..

  7 Jan 2011 bos minta tolong jagakan anak-anak pompuan dia yang kiut miut sebab dia p convoy motosikal ducati baru dia ke Krabi, so kami kira 4 beranak duduk la umah..oleh kerana kat umah tak ada astro (tapi decoder astro ada, cuma kad je yang tak berfungsi sebab malas dah nak melanggan astro yang asyik duk ulang cerita yang sama..bayar tiap-tiap bulan pun cerita yang sama boleh ditonton kat stesen TV yang free) so mr hubby pun bertungkus lumus memasang decoder 1st tak berjaya tapi 2nd time berjaya, dapat la tengok rancangan favourite diaorg, kami pun tumpang tengok je la..tetiba decoder tu berasap..melompat aku n mr hubby p putuskan bekalan elektrik..ntah apa la silapnya..agaknya dah penuh habuk dalam decoder tu..(ye la selama ni dia terperap kat dalam stor) heheheheheh

 At last..tengok jer la TV free..kul 8 setengah malam kami plan nak p i-City..tengok kawan2 yang p tu macam best jer..lokasi kat Shah Alam..kalau p awal..jalan mesti jammed so gerak la kul 8 setengah, senang je nak p tempat ni, dah ada sign board besar kat federal highway..ikut je..sure sampai

  Sampai je ...kami nganga kejap tengok lampu-lampu yang cantik sangat disusun macam pokok, burung merak n macam-macam la. masuk kalau bawa kereta RM10 satu kereta so kalau nak jimat, satu kereta penuhkan seat 5 orang atau yang bawa MPV macam aku ni, kalau muat 7 bawala 7 orang, jimat! kalau p berdua jer..rasa rugi.

  Dengan happynya amik gambar la kat lampu2 yang berwarna-warni..macam kat syurga kejap rasanya..orang pun tak la berapa ramai dan aku wondering pemandangan tempat ni waktu siang..mesti tak cantik coz rumput kat kawasan tu tak sempat nak tumbuh..dipijak pelawat-pelawat yang seronok berposing amik gambar kat lokasi-lokasi yang dilihat cantik..termasuk kami la..

  Tak kesah yang tu..al maklumla..sejak mengandung 3 bulan lebih ni, jalan sikit jer dah penat,air dalam tupperware yang dibawa dah separuh diteguk lepas tu dengar pula loceng gerai aiskrim..mueh mueh mueh..bestnye..Damia kata..uncle..kat sana ada pasar malam la..

 Kami pun jalan la kearah PASAR MALAM yang dikatakan Damia..dah tiba dekat, kami bantai ketawa sebab bukan pasar malam tapi gerai fun fair yang menawarkan hadiah bear kalau kena nasib la..

  Sebab tekak dah haus, beli aiskrim dulu..sambil makan aiskrim tengokla manusia mencuba nasib kat gerai fun fair tu (tak banyak..ada 4 gerai jer) kita memang nampak senang tapi benda-benda tu kena ada skil untuk menang bear yang besar-besar tu..1 token RM2..hehehhehe

  Abid beria-ria nak cuba nasib..ok!mari kita cuba, mana la tau nasib kita baik hari ni..RM6 melayang tanpa medapat habuan..lepas tu cuba lagi..cuba lagi..n cuba lagi sampai Abid cakap..I hate life..hahahahhahahah  kan dah cakap benda ni kalah dah tentu punya tapi menang tu nasib jer..

  Nak pujuk Abid semula..kita sambung jalan-jalan..rasa kaki dah nak tanggal dah ni tapi jalan juga slow-slow..tetiba Damia nampak banner iklan Snowalk..tapi kat mana? dah puas pusing-pusing tak jumpa signboard, tanya la pengawal vietnam yang ada kat situ..dah puas dengar broken English dia bagi arahan nak p Snowalk..kami pun p la..

  Dewasa RM25, kanak-kanak RM20..kira ok la ..dapat jaket snow free..kira pinjam la..pas tu nak masuk katanya kena pakai flat shoes tapi depa ni kan pandai berniaga..sejuk kak..kat dalam tu -10..boot khas tu satu kira sewa RM10 tapi kena bayar deposit RM30 seorang ..keluar nanti dia akan pulang kan RM20..leceh tul...tapi bila pk tak pernah main salji..takut frost bite ok la..pakaila boot tu dengan stokin nipis yang macam tak rupa stokin...kah kah kah..

  Masuk jer..ada minah tu tanya nak amik gambar tak?ingatkan free..rupanya bayar la..RM15..apa ke gila mahal tapi strategi berniaga kan..memang peraturan tak leh amik gambar by our own camera tapi kami curi2 amik gambar..bila staf dia tak nampak jer..kami posing dalam keadaan terhad..

  Seronok la Abid dan Damia main salji dengan suhu yang memang sejuk giler..kat dalam tu pulak, ada game gelongsor2..nasib baik la aku ni pregnant kalau tak ntah berapa kali aku naik gelongsor tu..seronok jer tengok mr hubby layan Abid n Damia..nak jugak!!!!!!!huaaaaaaa

  Dalam curi-curi amik gambar tu nampak jugak la sekumpulan manusia yang amik gambar denga selambanya (sebab orang malaysia ni kekadang degil n tak peduli pun arahan yang diberi) so aku memberanikan diri tanya boleh ke nak amik gambar..budak tu cakap, boleh je kak..adoyai..rugi rugi jer..kalau tak dah merata kat dalam ni diamik gambar tapi sempat..amik jugak..tak kira..keluar jer dari tempat tu..rasa macam kat luar tu panas sgt..keh keh keh sampai Abid cakap hidung dia tak leh gerak-gerak...macam keboo pulak.

  Dah abis meround..Damia lapar n kami pun cari la tempat makan sebelum balik rumah..sampai umah dah jam 2 pagi tak tunggu dah..terus membuta sampai pagi..hehehehehehhhe..